Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

PPI Malaysia turun 1.8 peratus November 2025

2025-12-29 HaiPress

Foto FB Department of Statistics,Malaysia

KUALA LUMPUR,29 Disember - Indeks Harga Pengeluar (PPI) Malaysia,yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar,terus mencatat penurunan sebanyak 1.8 peratus pada November 2025,berbanding penurunan 0.1 peratus pada Oktober 2025.

Ketua Perangkawan,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin,berkata prestasi itu didorong oleh sektor pertanian,perhutanan dan perikanan yang mencatat penurunan ketara sebanyak 9.7 peratus,berbanding peningkatan 2.7 peratus pada bulan sebelumnya.

Menurut beliau,penurunan ini dipengaruhi oleh indeks penanaman tanaman kekal yang jatuh 16.2 peratus.

'Sektor perlombongan pula mencatat kemerosotan 7.2 peratus,lebih tinggi berbanding penurunan 1.0 peratus pada Oktober 2025. Perkembangan ini disebabkan oleh penurunan dalam indeks pengekstrakan gas asli dan petroleum mentah masing-masing sebanyak 11.4 peratus dan 5.5 peratus." katanya dalam satu kenyataan.

Dalam masa sama,sektor pembuatan juga mencatatkan penurunan sebanyak 0.6 peratus,disebabkan penurunan 6.6 peratus dalam indeks pembuatan kok dan produk petroleum bertapis,sekali gus mengekalkan kadar penurunan yang sama seperti bulan sebelumnya.

Sebaliknya,sektor utiliti menunjukkan prestasi positif,dengan bekalan elektrik dan gas meningkat 4.1 peratus,manakala bekalan air naik 10.1 peratus.

Dalam perkembangan lain,sektor perlombongan turut mencatat penurunan kecil sebanyak 0.8 peratus pada November,berbanding 4.8 peratus pada Oktober,dipengaruhi oleh penurunan indeks pengekstrakan gas asli (-1.2 peratus) dan petroleum mentah (-0.8 peratus).

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap