2025-12-29 HaiPress

Malaysia mengekalkan kedudukan sebagai rakan dagangan utama Amerika Syarikat (AS),dengan jumlah dagangan meningkat 30 peratus kepada RM325.2 bilion pada 2024/ foto fail BERNAMA
KUALA LUMPUR,29 Disember - Malaysia mengekalkan kedudukan sebagai rakan dagangan utama Amerika Syarikat (AS),dengan jumlah dagangan meningkat 30 peratus kepada RM325.2 bilion pada 2024,meskipun berdepan ketidaktentuan perdagangan global.
Ketua Perangkawan,Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin,berkata prestasi itu disokong oleh peningkatan eksport,menunjukkan permintaan yang semakin tinggi terhadap produk Malaysia di pasaran AS.
"Eksport Malaysia ke AS merekodkan peningkatan 23.3 peratus kepada RM198.9 bilion,manakala import daripada AS meningkat 42.1 peratus kepada RM126.3 bilion," katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau,barangan elektrik dan elektronik kekal sebagai tunjang utama perdagangan,menyumbang 60.4 peratus daripada jumlah nilai eksport keseluruhan pada 2024.
Antara penyumbang utama termasuk semikonduktor (46.8 peratus),perkakas telekomunikasi serta peralatan rakaman dan pengeluaran semula (19.4 peratus),jentera,perkakas dan peralatan elektrik serta alat ganti (17.0 peratus),dan mesin pejabat serta peralatan pemprosesan data automatik (16.9 peratus).
"Eksport Malaysia bagi barangan optik dan saintifik ke AS turut mencatat nilai tertinggi RM12.9 bilion dengan peningkatan 14.3 peratus pada 2024 sekali gus menjadi eksport tertinggi berbanding negara lain,iaitu 21.8 peratus," katanya dalam kenyataan sama.
Produk jentera,kelengkapan dan peralatan juga mencatat prestasi memberangsangkan,menyumbang 12.7 peratus daripada jumlah eksport Malaysia bagi kategori ini,meningkat 33.6 peratus kepada RM8.8 bilion pada 2024 berbanding RM6.6 bilion pada tahun sebelumnya.
Sementara itu,produk getah menunjukkan trend peningkatan yang kukuh dalam kedudukan eksport Malaysia ke AS dengan jumlah eksport berjumlah RM7.4 bilion pada 2024.
Produk perkayuan Malaysia pula mengekalkan prestasi eksport yang stabil dengan nilai eksport meningkat RM6.0 bilion pada 2024.
Data itu dibentangkan menerusi Malaysia Trade Statistic Review (MTSR) 2025 mengenai prestasi eksport Malaysia ke AS bagi tahun 2024,merangkumi lima kategori utama.
Antaranya barangan elektrik dan elektronik,barangan optik dan saintifik,kelengkapan dan peralatan,produk getah dan produk perkayuan.
12-29
12-29
12-29
12-29
12-29
12-29
12-29
12-29
12-29
12-29