2025-12-08 HaiPress

Timbalan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),Liew Chin Tong
KUALA LUMPUR,6 Disember- Penyertaan dan sokongan daripada institusi kewangan amat penting bagi menjayakan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Industri Keluli 2035 (SIR2035),terutamanya dalam menyelaraskan transisi hijau industri keluli.
Timbalan Menteri Pelaburan,Liew Chin Tong berkata industri keluli merupakan tulang belakang ekosistem perindustrian Malaysia dengan membekalkan bahan-bahan yang diperlukan kepada sektor-sektor utama negara.
Ini termasuk sektor pembinaan,automotif,peralatan mesin,infrastruktur dan pembuatan.
''Namun,industri keluli telah sekian lama mengalami tekanan berikutan cabaran-cabaran struktural dan pasaran."
''Justeru,SIR2035 yang dilancarkan pada 29 September 2025 menetapkan matlamat jelas untuk mengukuhkan daya tahan kewangan dan kemampanan persekitaran industri tersebut,'' katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya,satu pertemuan penting antara industri keluli dan sektor perbankan telah diadakan dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Sesi perbincangan tersebut dihadiri oleh barisan Ketua Pegawai Eksekutif dan pemimpin kanan beberapa institusi kewangan termasuk Maybank,Public Bank HSBC Malaysia,Hong Leong Bank,Alliance Bank,Allianz dan AmBank.
Hadir sama,Presiden Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia (MISIF),Roshan Abdullah dan Presiden Persatuan Keluli Malaysia (MSA),Tan Sri William Cheng.
12-08
12-08
12-08
12-08
12-08
12-08
12-08
12-08
12-08
12-08