
Kenderaan elektrik (EV) pertama Perodua,QV-E yang dilancarkan hari ini dijangka menjadi pemangkin baharu dalam pembangunan industri automotif negara/RTM
KUALA LUMPUR,1 Disember – Kenderaan elektrik (EV) pertama Perodua,QV-E yang dilancarkan hari ini dijangka menjadi pemangkin baharu dalam pembangunan industri automotif negara,selain membuka peluang lebih luas untuk mengeksport kenderaan elektrik buatan tempatan.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pembangunan QV-E dijalankan sepenuhnya oleh Perodua sendiri,membolehkan model itu dipasarkan dan dieksport tanpa sebarang kebergantungan teknikal kepada pihak luar.
Menteri Pelaburan,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz/RTM
“Kenderaan ini memberi kelebihan besar kepada strategi peluasan pasaran kerana ia buatan Malaysia dan teknologinya dibangunkan oleh Perodua sendiri. Oleh itu,ia tidak menghadapi kekangan untuk dieksport kerana tidak memerlukan persetujuan daripada rakan kongsi,” katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Rasmi Kenderaan Elektrik Pertama Perodua di sini.Pelancaran QV-E juga menandakan komitmen Perodua dalam membangunkan ekosistem EV yang mampan,selaras dengan agenda nasional bagi memperkukuh industri automotif elektrik tempatan.Menurut Tengku Zafrul,pelancaran itu juga melengkapkan peranan Perodua sebagai peneraju yang ditetapkan di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.