2025-12-02 HaiPress

Foto MATRADE
KUALA LUMPUR,1 Disember -Misi Pemecutan Eksport Industri Maritim ke Abu Dhabi dan Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) berjaya meraih jumlah jualan eksport sebanyak RM404.17 juta,melepasi sasaran awal RM200 juta.
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dalam kenyataan memaklumkan,rekod jualan itu menyerlahkan daya saing yang semakin meningkat serta kepentingan strategik kepakaran Malaysia dalam arena maritim global.
''Misi perdagangan berimpak tinggi dari 3 hingga 6 November 2025 ini diterajui oleh MATRADE dengan disertai 10 pemain industri terkemuka tempatan merentasi pelbagai subsektor.
'Antaranya Pembinaan & Pembaikan Kapal (SBSR),kejuruteraan marin,reka bentuk kapal,perkhidmatan pelabuhan dan perkhidmatan sokongan luar pesisir penting,'' menurut kenyataan itu.
Misi selama empat hari itu turut merangkumi mesyuarat perniagaan dan lawatan industri yang bertujuan memudahkan penglibatan langsung antara pemain industri maritim Malaysia dengan pembuat dasar dalam ekosistem maritim UAE.
Inisiatif ini bertepatan dengan usaha untuk memanfaatkan akses pasaran dan rangka kerja pemudahcara perniagaan di bawah Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-UAE (MY-UAE CEPA).
Ia menandakan satu langkah penting ke arah aspirasi Malaysia untuk muncul sebagai hab perkhidmatan maritim utama bagi Laluan Sutera Maritim ke rantau Asia Barat.
Pada 2024,eksport maritim Malaysia ke UAE berjumlah RM45.9 juta dengan tiga eksport utama terdiri daripada bot tunda dan bot penolak,kapal persiaran dan kapal kargo,serta kapal ringan.
Di peringkat global,eksport maritim Malaysia direkodkan sebanyak RM1.97 bilion,peningkatan ketara sebanyak 109.7% berbanding 2023,menandakan keyakinan global dan permintaan kukuh terhadap produk dan perkhidmatan maritim Malaysia.
12-02
12-02
12-02
12-02
12-02
12-02
12-02
12-02
12-02
12-02