Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Misi Pemecutan Eksport Malaysia Ke Kemboja sasar sektor FMCG dan produk industri

2025-11-20 HaiPress

GAMBAR HIASAN/RTM

KUALA LUMPUR,18 November - Malaysia bersedia memperkukuh hubungan dagangan dengan Kemboja menerusi Misi Pemecutan Eksport (EAM) yang dijadualkan berlangsung dari 25 hingga 27 November ini.


Misi yang diterajui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) itu bertujuan mengetengahkan syarikat tempatan sebagai rakan niaga yang boleh dipercayai dalam memenuhi permintaan Kemboja yang semakin meningkat terhadap barangan pengguna dan industri.

MATRADE dalam kenyataan memaklumkan,misi tersebut melibatkan pengeksport Malaysia dalam sektor berpotensi tinggi,termasuk Barangan Pengguna Cepat Laris (FMCG),produk penjagaan peribadi,produk pertanian serta produk berasaskan petroleum.

"Misi tersebut turut merangkumi sesi jaringan perniagaan bersama beberapa dewan perniagaan dan persatuan peniaga di Kemboja.

"Usahawan tempatan juga akan menyertai mesyuarat perniagaan bersama bakal pengimport dan pengedar,serta sesi taklimat pasaran berkaitan peraturan perdagangan dan peluang baharu dalam sektor berpertumbuhan tinggi",tambah kenyataan berkenaan.

Perdagangan Malaysia–Kemboja mencatat pertumbuhan kukuh,mencecah AS$848.8 juta bagi tempoh Januari–September 2025,peningkatan 35.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Peningkatan tersebut didorong oleh permintaan Kemboja terhadap makanan dan minuman diproses,produk penjagaan peribadi dan bekalan industri dari Malaysia.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap