2025-11-10 HaiPress

WIN,bina keyakinan dan kemahiran / Foto TalentCorp
KUALA LUMPUR,9 November - TalentCorp memperkenalkan Kohort Mentor Rangkaian Industri Wanita (WIN) 2025 sebagai usaha memperkukuh penyertaan,kepimpinan dan kesaksamaan wanita dalam tenaga kerja di Malaysia.
Kohort ke-11 di bawah inisiatif utama Wanita MyWira,menghimpunkan lebih 300 wanita daripada 25 universiti dan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Kenyataan TalentCorp memaklumkan,peserta berpeluang mengikuti program bimbingan selama lima minggu dikendalikan 41 pemimpin wanita daripada pelbagai sektor termasuk teknologi,kejuruteraan,kesihatan dan tenaga boleh baharu.
Pengerusi Lembaga Pengarah TalentCorp,Wong Shu Qi berkata,WIN merupakan pelaburan penting dalam membina barisan kepimpinan masa hadapan negara.
''Melalui WIN,kita bukan sekadar melabur dalam potensi individu,tetapi dalam transformasi struktur yang diperlukan bagi mencapai sasaran penyertaan tenaga buruh wanita sebanyak 60% menjelang 2030.
“Untuk mencapai dan mengekalkan sasaran nasional sebanyak 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan,kita perlu membina keyakinan,kemahiran dan rangkaian yang dapat memperkasa wanita untuk memimpin dan membentuk masa depan tenaga kerja Malaysia,” jelas beliau.
Inisiatif turut dilaksanakan dengan kerjasama Girls4Girls Malaysia (G4G) serta Paragon Group sebagai penaja strategik.
11-11
11-10
11-10
11-10
11-10
11-10
11-10
11-10
11-10
11-10