Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Kenaikan kadar ETAP: Langkah permulaan perbaiki struktur perkhidmatan kesihatan awam

2025-11-10 HaiPress

Foto RTM

TAWAU,10 November - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan komitmen kerajaan yang memberi perhatian serius berhubung kebajikan penjawat awam termasuk pegawai perubatan.

Antaranya,isu beban tugas doktor dan doktor kontrak yang telah lama dibangkitkan.

Beliau berkata,kadar Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) bagi pegawai perubatan,pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian yang dinaikkan sekitar 40 peratus selepas 14 tahun tidak disemak,merupakan langkahawal ke arah memperbaiki struktur perkhidmatan kesihatan awam.

Kadar ETAP baharu itu mula berkuat kuasa Oktober lepas.

Turut dilaksana,semakan skim gaji penjawat awamselepaskali terakhir disemak 12 tahun lalu dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

"Apabila terdapat permintaan supaya dikaji skim terlibat,sudah tentu kerajaan perlu memberi perhatian. Kenaikan 40 peratus ini walaupun belum secukupnya,tapi ia satu permulaan yang baik," ujar Perdana Menteri ketika berucap merasmikan bangunan baharu Hospital Tawau,di sini.

Keutamaan kerajaan adalah memastikan kebajikan penjawat awam termasuk pegawai perubatan terus terpelihara,seiring usaha menangani tekanan kos sara hidup rakyat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap