Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Pelan tindakan bersama tangani perubahan demografi ASEAN

2025-11-10 HaiPress

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Dr. Ramli Mohd Nor berucap pada Forum ASEAN–UNFPA mengenai Dinamik dan Pembangunan Penduduk 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur/RTM

KUALA LUMPUR,10 November -Negara-negara ASEAN perlu mengambil tindakan bersama bagi menangani perubahan demografi yang memberi kesan langsung kepada pembangunan ekonomi dan sosial rantau ini.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Dr. Ramli Mohd Nor berkata cabaran populasi menua dan kadar kelahiran menurun memerlukan perhatian bersama di peringkat dasar dan perundangan.

Beliau menegaskan bahawa kemajuan ASEAN bergantung pada kemampuan negara anggotanya menyesuaikan struktur dasar dengan realiti populasi semasa.

“Kita berkongsi cabaran demografi yang memerlukan perhatian legislatif bersama. Kemajuan rantau ini bergantung pada keupayaan kita mengendali perubahan ini secara kolektif,” kata beliau pada Forum ASEAN–UNFPA mengenai Dinamik dan Pembangunan Penduduk 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Beliau turut menekankan keperluan memperkukuh penggunaan data demografi dalam proses penggubalan dasar bagi memastikan keputusan yang lebih tepat dan inklusif.

“Melabur dalam pengumpulan dan penggunaan data penduduk yang berkualiti tinggi adalah satu-satunya cara untuk membentuk dasar yang inklusif dan berasaskan bukti,” ujar beliau.

Forum anjuran bersama UNFPA dan Sekretariat ASEAN itu memberi tumpuan kepada isu penuaan penduduk,mobiliti tenaga kerja dan keadilan antara generasi.

Ia turut menggariskan keperluan penyelarasan dasar serantau berasaskan data dan bukti saintifik bagi memastikan kemajuan sosial dan ekonomi yang seimbang.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap