2025-11-07 HaiPress

Foto fail/RTM
KUALA LUMPUR,7 November -Bursa Malaysia kekal dalam zon positif untuk mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Jumaat,apabila minat belian sederhana muncul pada saat-saat akhir sekali gus mengimbangi penyusutan dalam keadaan aliran menurun dalam pasaran serantau.
Pada 12.30 tengah hari,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.75 mata atau 0.05 peratus kepada 1,619.69 daripada 1,618.94 ketika ditutup semalam.
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 1.31 mata lebih rendah kepada 1,617.63 dan bergerak antara 1,616.50 hingga 1,620.08 sepanjang dagangan pagi.
Pasaran keseluruhannya suram dengan 598 kaunter rugi mengatasi 296 kaunter untung,manakala 559 kaunter tidak berubah,1,208 tidak didagangkan dan 11 yang lain digantung.
Jumlah dagangan 2.27 bilion unit dengan nilai RM1.04 bilion.
Menurut Hong Leong Investment Bank Bhd pasaran tempatan dijangka kekal dengan dagangan berjulat kecil manakala pelabur enggan mengambil risiko sepanjang sesi dagangan berikutan pasaran Amerika Syarikat mengalami turun naik ketara.
Bank pelaburan itu menjelaskan keadaan tersebut didorong oleh kebimbangan yang berterusan mengenai penilaian tinggi terhadap saham teknologi,perbezaan jangkaan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan AS (Fed),serta keraguan Mahkamah Agung AS terhadap tarif yang diperkenalkan Presiden Donald Trump.
“Dalam jangka masa terdekat,kenaikan mungkin dikekang pada paras rintangan 1,632 hingga 1,640 memandangkan pelabur menilai kesan daripada penutupan berpanjangan kerajaan AS serta pilihan raya negeri Sabah akan datang,” tambahnya dalam nota penyelidikan hari ini.
Antara kaunter berwajaran tinggi,Maybank dan Public Bank masing-masing kekal pada RM9.92 dan RM4.26,CIMB Group naik satu sen kepada RM7.51,Tenaga Nasional menokok dua sen kepada RM13.22,manakala IHH Healthcare meningkat tiga sen kepada RM8.25.
Bagi kaunter paling aktif,Pharmaniaga naik tiga sen kepada 26.5 sen,Perak Transit menambah 1.5 sen kepada 28 sen,MMAG susut 1.5 sen kepada lapan sen,Pertama Digital merosot 6.5 sen kepada 4.5 sen dan NexG Bina kurang setengah sen kepada 3.5 sen.
Kalangan kaunter paling untung,Kuala Lumpur Kepong melonjak 32 sen kepada RM21.10,Westports meningkat 17 sen kepada RM5.48,FCW Holdings menambah 15 sen kepada RM1.90,Hong Leong Bank naik 14 sen kepada RM20.88,dan Solarvest menambah 11 sen kepada RM3.21.
Bagi kaunter paling rugi,Nestle merosot 40 sen kepada RM112.40,Kerjaya Prospek dan PJBumi masing-masing turun 12 sen kepada RM2.58 dan RM1.21 manakala KESM Industries dan UMS Integrated masing-masing kurang 11 sen kepada RM3.45 dan RM4.86.
Di papan indeks,Indeks FBMT 100 naik 0.14 mata kepada 11,795.34 manakala Indeks FBM Emas turun 2.80 mata kepada 12,035.09.
Indeks FBM Emas Syariah kurang 4.87 mata kepada 12,052.33,Indeks FBM ACE merosot 26.10 mata kepada 5,057.35,dan Indeks FBM Mid 70 menguncup 22.88 mata kepada 16,919.86.
Mengikut sektor,Indeks Perladangan meningkat 19.06 mata kepada 8,076.59,Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 17.66 mata kepada 18,355.53,manakala Indeks Tenaga turun 0.29 mata kepada 767.57,manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 0.36 mata kepada 168.60. - BERNAMA
11-07
11-07
11-07
11-07
11-07
11-07
11-07
11-07
11-07
11-07