Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

LPPSA terima pembiayaan RM1 bilion daripada HSBC bagi perumahan penjawat awam

2025-11-05 HaiPress

LPPSA terima pembiayaan RM1 bilion bagi pembinaan rumah penjawat awam /BERNAMA

KUALA LUMPUR,4 November- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) menerima pembiayaan berjumlah RM1 bilion daripada HSBC Amanah,bagi menawarkan pembiayaan


perumahan khusus untuk kakitangan kerajaan.

Pembiayaan ini merupakan inisiatif pendanaan alternatif pertama oleh LPPSA dengan mewujudkan kemudahan bukan Jaminan Kerajaan (GG) Pembiayaan Amaun Belum Terima Islam (RF-i).

LPPSA dan HSBC Amanah dalam kenyataan bersama memaklumkan,inisiatif ini selari dengan fokus kerajaan untuk memperluas akses kepada pembiayaan perumahan bagi kakitangan kerajaan,di samping menyediakan kemudahan pembiayaan alternatif yang inovatif kepada badan-badan kerajaan.

“Kerjasama ini membolehkan LPPSA memainkan peranan penting dalam membantu hampir 1.6 juta kakitangan kerajaan merentasi semua peringkat dan memenuhi aspirasi mereka untuk memiliki rumah,dengan memastikan akses sewajarnya kepada sumber yang diperlukan.

Inisiatif ini juga akan mengukuhkan disiplin fiskal LPPSA,seperti yang terkandung dalam Akta Tanggungjawab Fiskal," menurut Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA,Farid Nawawi.

Pembiayaan yang ditawarkan oleh HSBC Amanah kepada LPPSA untuk pinjaman perumahan kakitangan kerajaan boleh menyumbang kepada pengurusan hutang berkesan,dengan mengoptimumkan tahap pendedahan kerajaan kepada jaminan.

Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Malaysia,Datuk Omar Siddiq berkata,inisiatif ini bukan sahaja menyokong usaha pengurusan hutang oleh kerajaan,malah menawarkan manfaat sosial dan ekonomi untuk komuniti kakitangan kerajaan sekaligus menyumbang kepada iklim kewangan yang lebih stabil.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap