Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Niaga hadapan MSM dijangka stabil dalam julat kecil minggu depan

2025-11-03 HaiPress

Gambar hiasan/RTM

KUALA LUMPUR,2 Nov - Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan di tengah-tengah aktiviti pengambilan untung dan aktiviti memperelokkan akaun menjelang akhir tahun,kata peniaga.

Peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata pasaran dijangka menyaksikan trend dagangan “turun naik” sepanjang November apabila pelabur menyesuaikan kedudukan,dengan harga dijangka bergerak antara RM4,000 dan RM4,100 satu tan.

“Paras stok di Malaysia dan Indonesia masih cukup manakala permintaan akan diterima dari China,India,Pakistan,Timur Tengah,Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat,” katanya kepada Bernama.

Bagi asas mingguan,kontrak bulan semerta baharu November 2025 menyusut RM197 kepada RM4,185 satu tan,Disember 2025 susut RM210 kepada RM4,193 satu tan,dan Januari 2026 rendah RM215 kepada RM4,207 satu tan.

Februari 2026 rendah RM213 kepada RM4,222 satu tan,Mac 2026 susut RM204 kepada RM4,228 satu tan,dan April 2026 berkurangan RM200 kepada RM4,220 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 469,530 lot daripada 361,379 lot minggu lepasmanakala kepentingan terbuka menokok kepada 264,770 kontrak daripada 256,714 sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk November Selatan berkurangan RM200 kepada RM4,240 satu tan. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap