Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Peluasan skim pencen sosial, perkukuh perlindungan warga emas - Bank Dunia

2025-10-31 HaiPress

Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia,Dr. Matthew Dornan

KUALA LUMPUR,30 Oktober- Peluasan skim pencen sosial dilihat berpotensi memperkukuh sistem perlindungan sosial sedia ada,dengan memastikan kesejahteraan warga emas terus terpelihara.

Ahli Ekonomi Kanan Bank Dunia,Dr. Matthew Dornan berkata pendekatan itu akan meningkatkan jaminan kewangan warga emas,khususnya mereka yang tidak mempunyai simpanan persaraan mencukupi ketika Malaysia menuju status negara tua menjelang tahun 2040.

Katanya,pelaksanakan skim pencen sosial terancang oleh beberapa negara membangun berjaya mengurangkan kadar kemiskinan warga emas dan menambah baik kesejahteraan sosial,tanpa menjejaskan disiplin fiskal kerajaan sekiranya dilaksana secara berperingkat.

“Malaysia mempunyai sistem pencen formal yang kukuh melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) bagi penjawat awam. Namun,tidak semua rakyat dilindungi di bawah skim ini."

''Justeru,pencen sosial boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada pembaharuan sistem persaraan yang lebih menyeluruh,bagi memastikan semua rakyat mendapat sokongan mencukupi pada usia tua,” katanya selepas pelancaran Laporan Bank Dunia bertajuk “Perlukah Malaysia Memperluas Pencen Sosialnya? Bukti Global,Isu Reka Bentuk dan Pilihan Dasar.”

Menurutnya,kajian Bank Dunia menunjukkan terdapat ruang untuk memperkukuh jaringan keselamatan sosial secara berperingkat,dengan mengambil kira keseimbangan antara keperluan kebajikan dan kemampuan fiskal.

Beliau menambah,peluasan skim pencen sosial juga perlu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memastikan rakyat mendapat perlindungan mencukupi pada usia tua.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap