2025-10-31 HaiPress

Foto fail/RTM
KUALA LUMPUR,30 Oktober -Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah sentimen optimis terhadap hubungan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China,kata seorang peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran turut disokong oleh harga minyak mentah yang stabil.
“Bagaimanapun,kenaikan selanjutnya dihadkan oleh penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau,cabaran dalam sektor automotif global dan tinjauan ekonomi AS yang lemah,” katanya kepada Bernama.
Peniaga itu berkata sentimen optimis terhadap hubungan AS-China timbul susulan pertemuan antara kedua-dua pemimpin negara itu di Busan,Korea Selatan,di mana kedua-dua pihak menekankan komitmen mereka terhadap kerjasama bersama.
Beliau juga berkata harga minyak kekal stabil pada Khamis ketika pelabur menunggu hasil rundingan perdagangan AS-China,dengan harapan terdapat petanda bahawa ketegangan yang menjejaskan prospek pertumbuhan ekonomi global akan berkurangan.
Sementara itu,pasaran niaga hadapan getah Jepun merosot hari ini apabila kebimbangan mengenai kekurangan bekalan semikonduktor yang semakin meruncing dan permintaan kenderaan elektrik yang perlahan memberi tekanan kepada industri automotif.
Pada 3 petang,Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) meningkat 1.5 sen kepada 749.50 sen sekilogram,manakala lateks pukal susut 2.0 sen kepada 563.50 sen sekilogram. - BERNAMA
10-31
10-31
10-31
10-31
10-31
10-31
10-31
10-31
10-31
10-31