Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

2025-10-23 HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,22 Oktober - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM35.23 bilion dalam pasaran konvensional manakala dana Islam RM18.08 bilion.

Bank pusat itu akan menawarkan dua tender repo berbalik masing-masing berjumlah RM3.0 bilion untuk tempoh tujuh hari dan RM1.5 bilion selama 31 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli balik (SBBA) dan komoditi Murabahah Bercagar dengan tempoh matang satu minggu,sebulan dan tiga bulan.

Pada jam 4 petang,bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM39.7 bilion dan tender Murabahah semalaman sebanyak RM18.1 bilion.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap