2025-10-23 HaiPress
FOTO FB ZAHID HAMIDI
BANGSAR,21 Oktober- Kerajaan komited menaik taraf perniagaan usahawan-usahawan mikro ke tahap lebih baik sebagai antara usaha membawa pulangan ekonomi yang lebih besar kepada negara.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan 71 peratus daripada 1.089 juta rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang keusahawanan ketika ini merupakan usahawan mikro.
"Kita mahu mereka (usahawan mikro) dinaik taraf agar jumlah pengeluaran dan perkhidmatan yang mereka berikan dan pertingkat nilai KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar) dan juga nilai eksport.
"Perusahaan,Mikro,Kecil dan Sederhana (PMKS) telah menyumbang RM636 bilion daripada segi jumlah eksport dan tidak mustahil kita pertingkat jumlah berkenaan.
"Manakala,dalam bidang guna tenaga pula dari PMKS melibatkan kira-kira 731,000 orang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Majlis Keusahawanan dan PMKS Kebangsaan (MPUPK) di sini.
Selari hasrat sama,kerajaan juga katanya akan memberi penekanan bidang keusahawanan kepada graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
"Pendekatan kita melalui kursus-kursus TVET dan keusahawanan,kita juga mahu menjadikan kelulusan TVET ini untuk terjun dalam bidang keusahawanan agar tidak hanya tertumpu bidang kemahiran dan mendapat gaji tetapi akan menjadi para usahawan," katanya lagi.
10-23
10-23
10-23
10-23
10-23
10-23
10-23
10-23
10-23
10-23