Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan negara ASEAN

2025-10-23 HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,22 Oktober- Ringgit dibuka meningkat sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu di tengah-tengah senario penutupan kerajaan negara maju itu yang berlanjutan selain ketidaktentuan berkaitan pertemuan Presiden Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping pada minggu depan,kata penganalisis.

Pada pukul 8.02 pagi ini,ringgitmeningkat sedikit kepada 4.2235/2345 berbanding dolar AS daripada 4.2280/2315 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli EkonomiBank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata,penutupan kerajaan AS telah pun memasuki minggu ketiga tanpa sebarang petanda jelas kebuntuan itu akan selesai dalam masa terdekat ini.

"Petunjuk terkini daripada Trump mengenai pertemuannya dengan Xi minggu depan juga masih tidak pasti yang hanyamenunjukkan ketegangan perdagangan mungkinberterusan.

"Selain itu,ketiadaan data ekonomi AS akibat penutupan kerajaan juga hanya memburukkan lagi ketidaktentuan ekonomi," katanya kepada Bernama hari ini.

Sehubungan itu,beliau menjangkakanringgitdiniagakan berhati-hati manakalanilai dolar-ringgit dijangka berada dalam julat RM4.22 hingga RM4.23 hari ini.

Pada masa sama,ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama dan mata wang ASEAN.

Ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.6447/6594 daripada 5.6592/6639,naikberbanding euro kepada 4.8993/9120 daripada 4.9134/9174dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.7817/7892 daripada 2.7851/7875.

Berbanding mata wang ASEAN,ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2523/2613 daripada 3.2598/2628dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.8413/8806 daripada 12.9048/9218 sebelumnya.

Ringgit mencatatkenaikan kecil berbanding rupiah Indonesia kepada 254.6/255.4 daripada 254.8/255.2 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.25/7.27 daripada 7.26/7.27. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap