2025-10-23 HaiPress

Penduduk terjejas yang ditempatkan di PPS SJKC Chong Cheng Tanjung Dawai
KUALA MUDA,23 OKTOBER - Seramai 50 penduduk daripada 23 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara,PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Cheng Tanjung Dawai akibat banjir kilat di Kampung Huma,Merbok semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah dalam kenyataan berkata PPS terbabit dibuka pada 6 petang .
Setakat pukul 8.00 pagi tadi,penduduk terjejas yang dipindahkan terdiri daripada 36 dewasa,sebelas kanak-kanak dan tiga bayi .
Dalam pada itu,laman Info Public Banjir,Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah memaklumkan dua sungai di negeri ini sudah melepasi tahap amaran.
Sungai terbabit adalah Sungai Melaka di Bukit Kemboja,Langkawi dan dan Sungai Pendang di Pekan Pendang.
10-24
10-23
10-23
10-23
10-23
10-23
10-23
10-23
10-23
10-23