2025-10-17 HaiPress
BURSA MALAYSIA
KUALA LUMPUR,16 Oktober- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis,disokong oleh kenaikan pasaran serantau dan sentimen berhati-hati selepas Wall Street ditutup bercampur-campur semalaman,dengan Nasdaq dan S&P 500 meningkat manakala Dow mencatatkan penurunan.
Pada 9.10 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.72 mata kepada 1,616.27 daripada 1,611.55 semasa ditutup pada Rabu,selepas dibuka rendah 0.16 mata kepada 1,611.39.
Pasaran secara menyeluruh positif,dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 232 berbanding 154 manakala 316 kaunter tidak berubah,1,970 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 249.51 juta saham bernilai RM133.94 juta.
Naib Presiden Penyelidikan EkuitiRakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup bercampur-campur dalam sesi dagangan yang tidak menentu,disokong oleh prestasi pendapatan kukuh daripada Bank of America dan Morgan Stanley,meningkatkan jangkaan terhadap musim pelaporan pendapatan yang lebih baik daripada dijangka.
“Sementara itu,hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun kekal mendatar pada 4.03 peratus,” katanya kepada Bernama.
Pada peringkat domestik,katanya FBM KLCI ditutup mendatar selepas aktiviti jualan yang berterusan oleh pelabur asing,namun jumlah dagangan harian yang meningkat menunjukkan penyertaan yang kukuh daripada pelabur runcit.
Beliau menjangka indeks petunjuk pasaran berada dalam julat 1,610 hingga 1,620 hari ini.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi,Maybank menambah lima sen kepadaRM9.97,Tenaga Nasional meningkat enam sen kepadaRM13.24,Public Bank dan CIMB Group,masing-masing naik dua sen kepada RM4.22 dan RM7.36 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM8.07.
Dalam dagangan aktif,Sedania Innovator naik tiga sen kepada29 sen,ECA Integrated meningkat 1.5 sen kepada 26 sen dan Pegasus Heights menambah setengah sen kepada satu sen. Dagang Nexchange merosot setengahsen kepada28.5 sen manakala TWL kekal pada dua sen.
Kaunter paling untung termasuklah United Malacca meningkat 20 sen kepadaRM5.90,Hong Leong Bank naik 10 sen kepadaRM20.74 dan Genting menambah lapan sen kepadaRM3.48. Southern Cable dan Kein Hing,masing-masing naik lima sen kepada RM2.23 dan RM1.43.
Dalam kalangan kaunter paling rugi,Malaysian Pacific Industries dan Hong Leong Industries,masing-masing merosot lapan sen kepada RM28.76 dan RM13.56. OM Holdings berkurangan 5.5 sen kepada 74.5 sen,Rhone Ma Holdings menurun lima sen kepada 66 sen dan Hong Leong Financial susut empat sen kepadaRM16.96.
Di papan indeks,Indeks FBM Emas naik 35.06 mata kepada 12,102.31,Indeks FBMT 100 menambah 35.81 mata kepada 11,825.67,Indeks FBM Emas Shariah meningkat 21.11 mata kepada 12,163.25,Indeks FBM 70 melonjak 57.52 mata kepada 17,203.68 dan Indeks FBM ACE menokok 13.25 mata kepada 5,358.62.
Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 78.84 mata kepada 18,274.04 dan Indeks Tenaga meningkat 1.87 mata kepada 801.90 manakala Indeks Perladangan merosot 7.58 mata kepada 7,838.77 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan kekal tidak berubah pada 173.94. -BERNAMA
10-17
10-17
10-17
10-17
10-17
10-17
10-17
10-17
10-17
10-17