2025-10-14 HaiPress
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank,Datuk Khairussaleh Ramli/RTM
KUALA LUMPUR,13 Oktober – Maybank menyambut baik Belanjawan 2026 yang disifatkan sebagai langkah penting untuk menghadapi cabaran ekonomi global dan domestik,termasuk tekanan inflasi serta pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Dalam kenyataannya hari ini,bank itu berkata Belanjawan kali ini mengekalkan keseimbangan antara pelaburan,pertumbuhan sektor baharu dan bantuan sosial,sambil memastikan disiplin fiskal bagi mencapai sasaran defisit tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank,Datuk Khairussaleh Ramli,berkata pihaknya komited menyokong pelaksanaan Belanjawan 2026 selaras dengan empat tonggak strategik bank itu,iaitu Ekonomi Inklusif,Ekonomi Islam dan Berasaskan Nilai,Impak Sosial serta Kelestarian.
“Kami menyokong usaha kerajaan memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta keusahawanan melalui kerjasama dengan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP),termasuk pelaksanaan program berasaskan eksport,” katanya.
Beliau turut menyatakan sokongan terhadap agenda kepimpinan ekonomi rentas sempadan,khususnya pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang berpotensi memperkukuh kedudukan Johor sebagai pintu strategik negara.
Maybank juga komited memperluas pembiayaan mampan dan menyokong peralihan tenaga sejajar dengan aspirasi negara ke arah pelepasan sifar bersih (net zero emission),selain menekankan kesejahteraan sosial dan keterangkuman kewangan bagi komuniti di seluruh rantau.
10-14
10-14
10-14
10-14
10-14
10-14
10-14
10-14
10-14
10-13