Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Jualan Kenderaan Ogos Kukuh, Prospek September Dipengaruhi Belanjawan 2026 - MAA

2025-09-19 HaiPress

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR,19 September - Jumlah keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia meningkat sebanyak 4.2 peratus kepada 73,041 unit pada Ogos daripada 70,101 unit pada Julai,menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

MAA menerusi kenyataan berkata,kenaikan TIV itu disumbangkan ketersediaan stok yang lebih tinggi,berikutan jumlah pengeluaran yang lebih baik pada Julai sebanyak 71,439 unit.

Selain itu,aktiviti promosi yang agresif bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan dan kesan jualan daripada pelancaran model baharu turut menyumbang kepada jumlah TIV Ogos.

''Bagaimanapun,untuk tempoh lapan bulan pertama tahun ini jumlah jualan kenderaan merosot empat peratus kepada 516,862 unit berbanding 537,532 unit bagi tempoh yang sama pada 2024.

''Pada asas tahun ke tahun,TIV Ogos 2025 susut satu peratus kepada 73,041 unit berbanding 72,580 unit pada Ogos tahun lepas,merangkumi 67,302 kenderaan penumpang dan 5,739 kenderaan komersial,'' menurut MAA.

Untuk segmen pengeluaran,sebanyak 69,111 unit dihasilkan berbanding 74,556 unit pada tahun sebelumnya,meliputi 65,153 kenderaan penumpang dan 3,958 kenderaan komersial.

Bagi September 2025,MAA menjangkakan momentum jualan yang lebih sederhana susulan jumlah hari bekerja yang lebih pendek,berikutan empat hari cuti umum pada bulan tersebut.

''Prestasi bulan September juga akan dipengaruhi oleh pendirian tunggu dan lihat menjelang pengumuman Belanjawan 2026,termasuk butiran mengenai rasionalisasi subsidi petrol,'' tambah kenyataan itu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap