2025-09-19 HaiPress
Foto hiasan
KUCHING,19 September - Seorang lelaki warga asing cedera parah selepas terjatuh dari Aras 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuching,Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira pukul 3.00 petang.
Sehubungan itu,sepasukan anggota dari Balai Polis Sungai Maong dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.
Sebaik tiba,polis dimaklumkan mangsa sudah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan ambulans bagi mendapatkan rawatan kecemasan katanya dalam kenyataan,hari ini.
Mangsa kini ditempatkan di Zon Merah HUS dan berada dalam keadaan kritikal.
Siasatan awal mendapati mangsa berumur 47 tahun dan berkahwin dengan seorang wanita tempatan.
Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
09-19
09-19
09-19
09-19
09-19
09-19
09-19
09-19
09-19
09-19