2025-09-18 HaiPress
FOTO JBPM SARAWAK
KOTA SAMARAHAN,18 September-Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dibaham buaya ketika menjala ikan bersama saudara terdekatnya di sungai Kampung Empila,di sini,pagi tadi.
Mangsa,Arif Fahmi Aiman Mohamad Tinggal,12 tahun,ditemui kira-kira 10 meter dari lokasi dilaporkan hilang dengan kesan luka pada dada akibat gigitan reptilia itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan,Christian Olas berkata,mayat ditemukan pasukan mencari dan menyelamat bersama penduduk kampung pada pukul 9.45 pagi.
Beliau menjelaskan mangsa ketika itu sedang menebar jala dari atas perahu sebelum saksi mendengar jeritannya,namun sebaik menoleh,mangsa sudah hilang daripada pandangan.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerima panggilan kecemasan pada 7.53 pagi dan menggerakkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan ke lokasi kejadian.
ARTIKEL BERKAITAN
Budak 12 tahun hilang ketika memancing di Samarahan
09-18
09-18
09-18
09-18
09-18
09-18
09-18
09-18
09-18
09-18