Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

MITI terima lebih 40 cadangan Belanjawan 2026 daripada pemain industri

2025-09-15 HaiPress

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz/BERNAMA

KUALA LUMPUR,13 September- Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) menerima lebih 40 cadangan inisiatif daripada pihak industri bagi Belanjawan 2026.

Menterinya,Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata cadangan itu meliputi beberapa fokus seperti insentif fiskal dan bukan fiskal selain teknologi,penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Menerusi hantaran di laman Facebook,jelasnya pihak industri turut mencadangkan inisiatif berkaitan agenda pelaburan hijau,alam sekitar,sosial dan tadbir urus (ESG),pembangunan bakat,pekerjaan dan struktur gaji serta sokongan eksport dan perjanjian perdagangan bebas (FTA).

"Perbincangan secara bersemuka bersama kapten-kapten industri ini amat penting untuk memastikan suara pemain industri didengari dalam merangka dasar dan strategi ekonomi negara yang inklusif,berdaya saing serta mampan.

''MITI komited untuk memperkasa ekosistem perindustrian dan perdagangan negara demi pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan dan inklusif,'' kata Tengku Datuk Seri Zafrul dalam kenyataan.

Beliau sebelum itu mengadakan perbincangan bersama pemain industri dalam Sesi Dialog Bajet 2026 MITI yang merupakan agenda libat urus tahunan kementerian itu.

Belanjawan 2026 yang merupakan Belanjawan MADANI Keempat dijadual akan dibentangkan pada 10 Oktober ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap