2025-09-08 HaiPress
Ketua Pegawai Eksekutif ISRA International Consulting,Prof Madya Dr Mohamed Eskandar Shah Mohd Rasid.
KUALA LUMPUR,7 September - Negara-negara ASEAN disaran mencari titik persamaan dalam pembangunan kewangan Islam,bagi memperkukuh integrasi serantau dan mengangkat potensi ekonomi Islam ke tahap lebih tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif ISRA International Consulting,Prof Madya Dr Mohamed Eskandar Shah Mohd Rasid berkata,usaha itu penting untuk menjadikan ASEAN sebagai blok ekonomi Islam yang berdaya tahan serta mampu menarik lebih banyak pelaburan global.
ASEAN perlu mencapai kesepakatan merangkumi penyelarasan standard,khususnya dari segi kriteria pelaburan patuh syariah bagi meningkatkan kefahaman pelabur antarabangsa terhadap pasaran serantau.
“Kalau kriteria pelaburan di Malaysia sama dengan di Indonesia atau Singapura,pelabur akan lebih mudah membuat keputusan. Ini akan memperkukuh integrasi kewangan serantau dan memberi manfaat bukan sahaja kepada masyarakat Islam,tetapi seluruh komuniti ASEAN,” katanya.
Beliau menambah,keutuhan sistem kewangan Islam akan meningkatkan daya tahan rantau ini daripada krisis kewangan global,sekali gus meneguhkan kedudukan ASEAN di peringkat antarabangsa.
Sistem kewangan Islam yang terselaras dan mantap bukan sahaja memberi kelebihan kepada pelabur antarabangsa,malah membuka peluang lebih luas kepada syarikat tempatan untuk mengembangkan operasi rentas sempadan.
09-08
09-08
09-08
09-08
09-08
09-08
09-08
09-08
09-08
09-08