Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Umat Islam diseru pamer akhlak mulia

2025-09-05 HaiPress

Foto RTM

SEREMBAN,5 September - Umat Islam wajar mengambil peluang mempamerkan akhlak muliasebagai cerminan kebesaran dan kesucian agama Islam kepada masyarakat bukan Islam.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bertitah agama Islam bukan sahaja menekankan hubungan manusia dengan Allah SWT,malah turut memberi penekanan kepada hubungan sesama manusia.

"Dalam konteks masyarakat majmuk di negara kita,sikap saling menghormati antara kaum amat penting. Umat Islam seharusnya menghormati kaum lain,kerana sesungguhnya,apabila kita menghormati orang lain,kita juga akan dihormati.

"Seperti yang telah dijanjikan oleh Allah SWT,jika kita berbuat baik kepada sesama manusia,maka Allah akan membalas kebaikan itu dengan ganjaran yang lebih besar dan lebih bermakna," titah Baginda.

Baginda bertitah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus 1447H/2025 di Padang Majlis Bandaraya Seremban di sini pagi tadi.

Turut berangkat,Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud serta putera Baginda,Tunku Zain Al-‘Abidin.

Baginda turut berkenan menyertai perarakan bersama kepimpinan kerajaan Negeri Sembilan yang diketuai Menteri Besar,Datuk Seri Aminuddin Harun,melibatkan 70kontinjen dengan lebih 2,000 peserta daripada agensi kerajaan,swasta,institusi pengajian tinggi,sekolah serta golongan orang kurang upaya

Perarakan tersebut melibatkan jarak sejauh 2.2 kilometer.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap