2025-08-25 HaiPress
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,25 Ogos - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM22.96 bilion dalam pasaran konvensional dan RM22.96 bilion dalam dana Islam.
Hari ini,bank pusat akan menjalankan tiga tender repo berbalik terdiri daripada tender bernilai RM2.9 bilion untuk lapan hari,tender bernilai RM1.5 bilion untuk 31 hari dan tender bernilai RM1 bilion untuk 92 hari.
Sementara itu,BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM28.4 bilion dan RM23.0 bilion dalam tender semalaman Murabahah. - BERNAMA
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25