Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Hari Eksport Selangor 2025: PMKS penggerak kelangsungan eksport & kelestarian

2025-08-25 HaiPress

EXCO Belia,Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor,Mohd Najwan Halimi

SHAH ALAM,25 Ogos – Hari Eksport Selangor 2025 membuka tirai hari ini di Dewan Raja Muda Musa dengan penyertaan lebih 200 usahawan tempatan,pengeksport dan pemain industri.

Program dua hari anjuran Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui Bahagian Pembangunan Usahawan,dengan kerjasama MATRADE serta sokongan strategik Maybank,Affin Bank,Redly dan Exim Bank Malaysia itu kini memasuki edisi ketiga sejak diperkenalkan.

Majlis perasmian disempurnakan EXCO Belia,Mohd Najwan Halimi,yang menegaskan program tersebut bukan sekadar medan jaringan,malah peluang untuk usahawan menimba ilmu,memperkukuh pengetahuan dan meneroka pasaran eksport baharu.

“Selepas program ini,lebih ramai usahawan PMKS dan pengeksport yang bekerjasama dengan MATRADE berpeluang meneroka potensi di peringkat lebih tinggi,” katanya pada sidang media pagi ini.

Selangor terus mencatat prestasi perdagangan kukuh dengan nilai eksport berjumlah RM357.06 bilion pada 2024,merangkumi 23.7 peratus daripada jumlah eksport negara,sekali gus menjadikannya penyumbang ketiga terbesar selepas Pulau Pinang dan Johor.

Bagi tempoh Januari hingga Jun 2025,Selangor merekodkan RM182.20 bilion eksport dengan sektor utama meliputi jentera dan kelengkapan pengangkutan (41.4%),barangan perkilangan (15.3%) serta bahan kimia (12.5%).

Sementara itu,Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Pengeksport) MATRADE,Mansor Shah Wahid,menekankan perlunya usahawan lebih agresif mendepani cabaran pasaran global,dan MATRADE akan terus bertindak sebagai pemudah cara melalui inisiatif pemadanan perniagaan,promosi eksport dan pembangunan kapasiti.

“Dalam persekitaran dagangan mencabar ini,pengeksport perlu lebih agresif menghasilkan produk dan perkhidmatan sendiri. MATRADE melalui 48 pejabat perdagangan luar negara akan terus membantu syarikat berpotensi mengembangkan pasaran menerusi pelbagai program dan perkhidmatan dagangan,” katanya.

Majlis turut mengiktiraf beberapa syarikat sebagai Pengeksport Terbaik Negeri Selangor,antaranya Bio Harvest Sdn. Bhd.,Aducktive Food Sdn. Bhd.,Bin Malek Global Sdn. Bhd.,dan Kimyra International Sdn. Bhd. (Kategori PMKS),selain SME Aerospace Sdn. Bhd. (Kategori Syarikat Pertengahan).

Selain sesi klinik eksport,forum bertajuk “Eksport Berdaya Tahan: Mengintegrasikan Kelestarian dalam Strategi Perniagaan” turut menjadi tumpuan dengan penglibatan panel antarabangsa membincangkan isu pematuhan sosial,jejak karbon dan penyumberan beretika.

Hari Eksport 2025 akan diteruskan di Negeri Sembilan pada 2 hingga 3 September depan bertempat di Hotel Royale Chulan,Seremban.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap