2025-08-25 HaiPress
Sime Darby Property raih pendapatan RM1.9 bilion separuh pertama 2025 / Foto Hiasan / Sime Darby Property
PETALING JAYA,22 Ogos – Sime Darby Property Berhad mencatatkan prestasi kukuh bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2025 dengan merekodkan pendapatan RM1.9 bilion dan keuntungan sebelum cukai RM398.4 juta.
Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby Property,Datuk Seri Azmir Merican berkata prestasi tersebut disokong oleh permintaan pasaran yang sihat serta pelaksanaan operasi yang mantap.
Segmen Pembangunan Hartanah kekal sebagai penyumbang terbesar,dengan pendapatan sebanyak RM1.8 bilion dan keuntungan sebelum cukai RM368.7 juta,dipacu oleh aktiviti jualan yang kukuh serta kemajuan pembangunan projek di bandar-bandar utama.
Bagi segmen Pelaburan & Pengurusan Aset (IAM),syarikat mencatatkan pertumbuhan pendapatan tahun ke tahun sebanyak 34 peratus kepada RM78 juta.
“Jika dibandingkan dengan tahun lalu,impaknya hanya berubah sedikit,sekitar RM48 juta berbanding RM44 juta. Secara keseluruhan,prestasi dari satu suku ke suku yang lain masih konsisten dan kukuh.
"Cuma pada suku kedua,keuntungan agak rendah kerana syarikat menanggung kos tambahan untuk persiapan pembukaan KLGCC Mall,” katanya pada taklimat keputusan kewangan separuh pertama 2025.
Sime Darby Property turut mengisytiharkan dividen pertama sebanyak 1.5 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025,berjumlah keseluruhan RM102 juta.
Melangkah ke hadapan,syarikat itu menegaskan komitmen untuk kekal fokus menyampaikan pertumbuhan mampan dan menggandakan nilai jangka panjang.
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25