Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Sultan Brunei berangkat tiba di Malaysia, mulakan Lawatan Negara

2025-08-25 HaiPress

Pesawat khas yang membawa Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah termasuk Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah,menteri-menteri Kabinet serta pegawai kanan kerajaan Brunei mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang kira-kira pukul 3.00 petang/ BERNAMA

SUBANG,25 Ogos - Sultan Brunei,Sultan Hassanal Bolkiah berangkat tiba di Malaysia hari ini untuk Lawatan Negara selama empat hari atas undangan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Lawatan negara hingga Khamis itu akan disusuli dengan Rundingan Pemimpin Tahunan Malaysia-Brunei ke-26 (ALC).

Pesawat khas yang membawa Sultan Hassanal Bolkiah termasuk Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah,menteri-menteri Kabinet serta pegawai kanan kerajaan Brunei mendarat di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang kira-kira pukul 3.00 petang tadi.

Ketibaan baginda disambut Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Turut hadir Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil dan Tunku Temenggong Johor,Tunku Idris Sultan Ibrahim.

Sejurus mendarat,Sultan Hassanal Bolkiah memeriksa kawalan kehormatan terdiri 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh Kapten Muhammad Asyraf Zulkifli.

Sultan Hassanal Bolkiah akan diberi sambutan negara di Istana Negara pada Selasa,diikuti dengan kunjungan menghadap Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim.

Satu majlis santapan negara bagi meraikan Sultan Hassanal Bolkiah dan delegasi Brunei akan dihoskan Sultan Ibrahim.

Sepanjang lawatan itu,Sultan Hassanal Bolkiah turut dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena ALC ke-26 pada Rabu.

ALC merupakan mekanisme dua hala tertinggi antara Malaysia dan Brunei yang menjadi wadah untuk menilai kemajuan kerjasama sedia ada,menangani isu berbangkit serta bertukar pandangan mengenai hal serantau dan antarabangsa.

Selain itu,lawatan serta mesyuarat tahunan berkenaan juga mencerminkan hubungan istimewa yang lama terjalin antara Malaysia dan Brunei.

Ia sekali gus menegaskan komitmen bersama dalam memperkukuh kerjasama strategik untuk kemakmuran serta kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap