2025-08-19 HaiPress
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
KUALA LUMPUR,19 Ogos -STACK Infrastructure,syarikat infrastruktur digital terkemuka dari Amerika Syarikat bakal membangunkan kampus hiperskala pusat data di Iskandar Puteri,Johor Bahru.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,projek mega yang dianggarkan bernilai RM7 bilion itu,bakal menjana banyak peluang pekerjaan dan memacu ekonomi digital negara.
"Pelaburan ini bukan sahaja meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai hab pusat data terkemuka di Asia Tenggara,malah seiring dengan agenda negara kita untuk mencapai aspirasi sifar bersih karbon menjelang 2050.
"Projek tersebut turut menitikberatkan aspek kelestarian dan mematuhi Garis Panduan Pembangunan Data Centre Lestari yang diperkenalkan,'' katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya.
Tambahnya,pihak MITI sentiasa komited dalam memastikan pelaburan yang masuk ke dalam negara ialah berkualiti tinggi dan mesra alam sekitar.
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19