2025-08-19 HaiPress
Foto Facebook Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR,19 Ogos – Yang di-Pertuan Agong,Sultan Ibrahim,berkenan memandu Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)dari Kuala Lumpur ke Rawang dan kembali semula ke ibu negara hari ini.
Menurut perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat tiba di Stesen Keretapi Kuala Lumpur pada pukul 9.15 pagi sebelum berkenan memasuki kokpit ETS2 untuk mendengar taklimat pemanduan oleh Kapten Roslan,Kapten Hairul Yani dan Kapten Syukri Ghazali.
Turut bersama dalam sesi itu ialah Ketua Kawalan Operasi KTMB,Sadun Abdullah,dan Inspektor Lokomotif,Kamal Asmawi.
Mengiringi Seri Paduka Baginda dalam pemanduan itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan,Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan; Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara,Tan Sri Datuk Dr Azmi Rohani; serta Ketua Pegawai Teknikal merangkap Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KTMB,Ir Ahmad Nizam Mohamed Amin.
Seri Paduka Baginda menzahirkan keprihatinan terhadap pembangunan sektor pengangkutan awam negara,khususnya perkhidmatan kereta api yang menjadi nadi mobiliti rakyat.
Sultan Ibrahim sebelum ini mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records apabila menjadi Sultan pertama memiliki Lesen Memandu Lokomotif Berkuasa Tinggi Kelas 26 pada tahun 2010 dan pernah memandu kereta api dalam program Kembara Mahkota Johor (KMJ 2010).
Ketika itu,Seri Paduka Baginda turut memperoleh lesen memandu kereta api serta melaksanakan prosedur 'turn table' bagi memusingkan lokomotif seberat 86 tan di Stesen Gemas,Negeri Sembilan dalam tempoh 10 minit sekali gus diiktiraf sebagai sultan pertama memandu kereta api sejauh 391.3 kilometer selama tiga hari.
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19