Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Selangor akan umum jawatankuasa bebas kaji laporan insiden Putra Heights

2025-07-15 IDOPRESS

Foto RTM

SHAH ALAM,15 Julai – Selangor akan mengumumkan senarai yang akan menganggotai penubuhan jawatankuasa bagi menilai laporan penuh insiden Putra Heights sebaik laporan berkenaan dijadikan dokumen umum.

Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari berkata,perkara ini akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi membincangkan secara terperinci senarai nama pakar yang akan dilantik.

"Kita akan bawa dalam MMKN tengok senarainya dan sebagainya. Nanti kita akan minta secara rasmi dengan pembangkang itu.

"Setakat ini,itu dapatan di peringkat awal oleh jawatankuasa GMG yang profesional dan menjalankan tugas dan memahami teknikal itu.

"Saya juga telah menjelaskan banyak aspek,terutamanya dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh mereka yang baru menjadi tokoh minyak & gas.

"Nanti saya akan maklumkan lepas laporan itu keluar dan baru kita akan maklumkan perubahan itu bila nak ditubuhkan",katanya demikian selepas menyempurnakan Majlis Jalinan Sinergi dan Apresiasi Rakan Strategik PLATS 2025 di sini.

Mengulas faktor penyumbang luar yang boleh disiasat selain tambakan tanah yang menjadi punca letupan itu,beliau berkata setakat ini itulah penemuan di peringkat awal oleh Jawatankuasa Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) yang profesional dalam menjalankan tugas dan memahami teknikaliti.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap