2025-07-15 IDOPRESS
Exco Kanan Perumahan,Kerajaan Tempatan,Saliran,Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka,Datuk Rais Yasin/Foto RTM
KRUBONG,15 Julai – Kebocoran tapak pelupusan sampah Sungai Udang dan pelepasan sisa ternakan dikenal pasti sebagai punca utama pencemaran di Sungai Air Batu,kata Exco Kanan Perumahan,Datuk Rais Yasin.
Menurut beliau,hasil siasatan juga mendapati kapasiti loji rawatan sisa di tapak pelupusan tersebut kini telah melebihi tahap maksimum,sekali gus menyumbang kepada pencemaran berkenaan.
“Kapasiti semasa Loji Rawatan Sisa atau LTP (Leachate Treatment Plant) hanya mampu menampung sekitar 300 meter padu,tetapi kini jumlah itu telah mencecah 800 meter padu.
“Kita telah merayu kepada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan melalui Jawatankuasa Sisa Pepejal Negara (JSPN),peruntukan untuk kerja-kerja naik taraf telah pun diluluskan. Kerja sedang berjalan dan kapasiti loji akan ditingkatkan kepada 800 meter padu,” katanya.
Tambah beliau,bagi menangani isu secara jangka pendek,kerajaan negeri turut meluluskan pembinaan sel baharu di tapak pelupusan tersebut,yang dijangka siap dan mula beroperasi pada Februari 2026.
“Apabila sel baharu siap,kapasiti tapak pelupusan akan bertambah dan tekanan ke atas kawasan yang mengalami kebocoran dapat dikurangkan,” jelas Rais.
Beliau berkata,kerajaan negeri turut memberi fokus jangka panjang melalui pembinaan Loji Waste-To-Energy (WTE) di Sungai Udang,melibatkan kos RM660 juta.
Projek itu dijangka siap selewat-lewatnya pada tahun 2029,dan bakal meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal di negeri Melaka.
Dalam pada itu,kerajaan negeri turut mengadakan perbincangan dengan penternak lembu di kawasan lembangan sungai berkenaan bagi menambah kolam takungan,bagi mengelakkan sisa ternakan mengalir terus ke dalam sungai.
Datuk Rais berkata demikian selepas meninjau projek perintis Tabika KEMAS Istimewa @ KEMAS Hang Jebat di sini,yang turut disertai Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah,Datuk Rubiah Wang.
07-15
07-15
07-15
07-15
07-15
07-15
07-15
07-15
07-15
07-15