2025-07-10 IDOPRESS
Bank Muamalat Malaysia Berhad akan menyemak semula beberapa kadar asas dan kadar deposit susulan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) / Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,10 Julai – Bank Muamalat Malaysia Berhad akan menyemak semula beberapa kadar asas dan kadar deposit susulan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.75 peratus,berkuat kuasa 9 Julai 2025.
Bank Muamalat dalam satu kenyataan memaklumkan penyelarasan kadar akan berkuat kuasa 14 Julai,melibatkan Kadar Asas Standard (SBR) diturunkan daripada 3.00% kepada 2.75% setahun,Kadar Asas (BR) diturunkan daripada 3.81% kepada 3.56% setahun dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) diturunkan daripada 6.81% kepada 6.56% setahun.
Semakan tersebut akan memberi kesan kepada semua pakej pembiayaan berkadar terapung yang dipautkan kepada SBR,BR dan BFR.
Selain itu,kadar deposit Akaun Tetap-i (FTA-i) juga disemak selaras dengan penurunan kadar asas tersebut.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat,Khairul Kamarudin berkata semakan kadar tersebut adalah langkah yang sejajar dengan dasar monetari semasa yang diumumkan oleh BNM.
“Bank Muamalat akan terus menguruskan aset dan liabiliti secara bertanggungjawab,di samping menyokong inisiatif pertumbuhan ekonomi semasa serta memenuhi jangkaan para pemegang kepentingan,” katanya.
07-10
07-10
07-10
07-10
07-10
07-10
07-10
07-10
07-10
07-10