Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Pasaran getah ditutup rendah jejaki penyusutan serantau, penurunan harga minyak

2025-07-08 IDOPRESS

Foo Fail

KUALA LUMPUR,7 Julai- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah pada Isnin,menjejaki penyusutan dalam niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah,kata peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun turut menyusut seiring dengan penurunan harga minyak.

“Harga minyak menyusut pada Isnin selepas OPEC+ mengejutkan pasaran apabila mengumumkan peningkatan pengeluaran yang lebih besar berbanding jangkaan bagi Ogos,” katanya kepada Bernama.

Setakat ini,harga minyak mentah Brent menyusut 0.13 peratus kepada US$68.21 setong.

Beliau berkata sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh ketidaktentuan mengenai tarif perdagangan Amerika Syarikat dan konflik yang berterusan di Asia Barat.

Bagaimanapun,penyusutan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang lebih rendah berbanding dolar AS dan isyarat pemulihan dalam sektor automotif.

"Pengeluaran dan jualan dalam industri automobil dilaporkan meningkat semula dari bulan ke bulan dan tahun ke tahun pada separuh pertama 2025," katanya.

Pada pukul 3.00 petang,Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga SMR 20 menyusut 11.0 sen kepada 700.00 sen sekilogram manakala susu getah pukal rendah 6.0 sen kepada 565.50 sen sekilogram.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap