2025-07-08 HaiPress
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,8 Julai- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Selasa dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM17.25 bilion dalam sistem konvensional dan sebanyak RM33.21 bilion dalam sistem Islam.
Hari ini,BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik meliputi yang bernilai RM2.8 bilion untuk tempoh tujuh hari dan RM1.5 bilion untuk 31 hari di samping satu tender repo berbalik semalaman bernilai RM5.0 bilion untuk tempoh satu hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula,serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan melaksanakan tender sehingga RM26.5 bilion melalui tender semalaman konvensional,serta lelongan semalaman murabahah RM33.2 bilion.- BERNAMA
07-08
07-08
07-08
07-08
07-08
07-08
07-08
07-08
07-08
07-08