Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Pelaburan digital Malaysia melonjak, bukti keyakinan global

2025-07-08 HaiPress

Menteri Digital,Gobind Singh Deo / Foto MDEC

KUALA LUMPUR,7 Julai-Pelaburan digital Malaysia melonjak sebanyak 125% pada suku kedua 2025,meningkat daripada RM13.11 bilion kepada RM29.47 bilion.

Menteri Digital,Gobind Singh Deo dalam kenyataan,menyifatkan pertumbuhan tersebut sebagai luar biasa dan menjadi bukti terhadap kekuatan asas digital negara.

“Pertumbuhan ini luar biasa dan membuktikan kesiapsiagaan digital negara kita,kekuatan ekosistem inovasi kita,serta keyakinan tinggi pelabur global terhadap masa depan Malaysia,” katanya.

“Lebih daripada sekadar angka,pelaburan ini membawa ribuan peluang pekerjaan dan impak jangka panjang terhadap pembangunan ekonomi digital. Inisiatif MD terbukti sebagai platform untuk mendorong inovasi inklusif dan memperkukuh kepimpinan Malaysia dalam ruang digital serantau,” tambah beliau.

Lonjakan tersebut mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan digital asing (FDI) utama di rantau ASEAN.

Antara penyumbang pelaburan tertinggi adalah pelabur dari Singapura (RM13.91 bilion atau 33%),diikuti Amerika Syarikat (RM6.44 bilion atau 15%),dan China (RM2.97 bilion atau 7%).

Jelas Gobind,Sektor Pusat Data dan Awan (Cloud) merupakan penyumbang terbesar kepada pelaburan,dengan jumlah RM30.95 bilion dan dijangka menjana 1,440 peluang pekerjaan.

Daripada jumlah itu,RM13.45 bilion datang daripada syarikat Pusat Data mencerminkan keyakinan terhadap infrastruktur digital Malaysia dan kedudukan strategiknya di rantau ini.

Sektor Kecerdasan Buatan (AI) menerima pelaburan sebanyak RM3.29 bilion,dan dijangka mewujudkan 6,920 pekerjaan,atau 40% daripada jumlah keseluruhan pekerjaan.

Manakala sektor Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) pula menarik RM4.99 bilion pelaburan,dengan potensi 5,632 peluang pekerjaan,iaitu 32% daripada keseluruhan pekerjaan.

Gobind turut menegaskan bahawa Kementerian Digital dan MDEC akan terus komited dalam memacu pertumbuhan ekonomi digital,memperluas inovasi dan memastikan Malaysia kekal sebagai hab digital terkemuka di Asia Tenggara.

Sementara itu,Ketua Pegawai Eksekutif MDEC,Anuar Fariz Fadzil,berkata pelaburan di bawah Malaysia Digital bukan sahaja tinggi dari segi nilai,malah memberi kesan kepada ekonomi.

“Skala dan kualiti pelaburan ini mencerminkan fokus kami terhadap impak katalitik dari segi nilai,inovasi dan penciptaan pekerjaan. MDEC akan terus memperkukuh fasilitasi pelabur,pembangunan bakat dan kerjasama ekosistem,” katanya.

Sehingga Jun 2025,sejumlah 261 syarikat yang diluluskan di bawah inisiatif Malaysia Digital (MD) telah melabur sebanyak RM42.58 bilion,dengan potensi untuk mewujudkan 17,495 pekerja berpengetahuan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap