Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Lapan negara OPEC+ putuskan tambah had pengeluaran minyak 548,000 bpd pada Ogos

2025-07-07 IDOPRESS

Foto hiasan

VIENNA,5 Julai - Lapan negara pengeluar minyak utama,OPEC+ bersetuju untuk meningkatkan had pengeluaran sebanyak 548,000 tong sehari (bpd) pada Ogos 2025.

Keputusan itu dibuat susulan unjuran ekonomi global yang stabil serta asas pasaran minyak semasa yang kukuh,dicerminkan oleh paras inventori minyak yang rendah.

OPEC dalam kenyataannya memaklumkan,Arab Saudi,Rusia,Iraq,Emiriah Arab Bersatu (UAE),Kuwait,Kazakhstan,Algeria dan Oman komited melaksanakan pelarasan pengeluaran itu menerusi mesyuarat telesidang yang diadakan hari ini.

''Langkah ini sebahagian daripada komitmen berterusan untuk memulihkan pengeluaran secara berperingkat sebanyak 2.2 juta bpd bermula April lalu.

''Pelarasan ini bersamaan dengan empat peningkatan bulanan,namun boleh dihentikan sementara atau dibatalkan,bergantung kepada perubahan keadaan pasaran,'' jelas kumpulan itu.

Lapan negara berkenaan turut mengulangi komitmen kolektif mereka terhadap Deklarasi Kerjasama,termasuk pematuhan penuh terhadap pelarasan pengeluaran sukarela tambahan.

Mesyuarat seterusnya dijadual berlangsung pada 3 Ogos 2025 bagi menentukan tahap pengeluaran untuk bulan September.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap