2025-07-04 IDOPRESS
Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU,4 Julai - Tiga penumpang dan seorang pemandu menjadi pesalah pertama dikenakan kompaun dalam Op Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar di negeri itu,setakat tiga hari pelaksanaannya.
Operasi khas itu menyasarkan penumpang bas ekspress dan bas persiaran .
Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu,Mohd Zamri Samion,alasan kegagalan mekanikal atau kerosakan tali pinggang kalendar sama ada di kerusi penumpang atau pemandu,merupakan satu alasan yang tidak boleh diterima .
Jelasnya,setiap bas perlu menjalani pemeriksaan keselamatan sepenuhnya sebelum dibenarkan berada di jalan raya.
Mohd Zamri Samion turut memaklumkan satu pertemuan dengan pengusaha-pengusaha bas ekspress dan bas persiaran yang beroperasi di negeri ini akan dibuat
Ia bagi memastikan pematuhan undang-undang pada tahap tertinggi demi keselamatan orang ramai.
07-04
07-04
07-04
07-04
07-04
07-04
07-04
07-04
07-04
07-04