Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Bas elektrik di Kelantan beroperasi Ogos ini

2025-07-04 IDOPRESS

Pengerusi Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) Che Ibrahim Che Ismail

KOTA BHARU,3 Julai - Perkhidmatan bas elektrik yang dikenali sebagai Bas.My Kota Bharu akan beroperasi sepenuhnya di negeri berkenaan pada Ogos ini.

Pengerusi Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) Che Ibrahim Che Ismail berkata perkhidmatan bas itu terpaksa ditangguhkan selepas berdepan masalah teknikal.

“Perancangan awal perkhidmatan bas itu bermula pada Selasa lepas,namun pihak kami perlu menyelesaikan beberapa masalah teknikal yang dialami sebelum ia boleh digunakan sepenuhnya pada bulan depan.

“Lima perkhidmatan bas yang beroperasi ketika ini melibatkan laluan Kota Bharu-Meranti-Kota Bharu dengan menggunakan enjin diesel,bukan bas elektrik seperti dilaporkan portal berita sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas Program Bubur As-Syura di sini hari ini.

Beliau berkata perkhidmatan bas itu menawarkan empat laluan di sekitar bandar berkenaan iaitu melibatkan laluan Kota Bharu-Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra-Sabak; Kota Bharu-Panchor-Kemumin-Sabak; Kota Bharu-Pengkalan Chepa dan Kota Bharu-Pantai Cahaya Bulan.

Sementara itu,Che Ibrahim berkata pihaknya menyambut baik langkah kerajaan mewajibkan penumpang memakai tali pinggang keledar sepanjang menaiki bas.

“Kami telah menyediakan perkhidmatan pemakaian tali pinggang keledar sejak 15 tahun lepas bagi menjaga keselamatan penumpang dan pemandu bas.

“Langkah kerajaan ini adalah satu perkara baik bagi mengelakkan sesuatu perkara tidak diingini berlaku sepanjang berada dalam bas kerana keselamatan penumpang perlu diutamakan,” katanya. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap