Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

TES 2025: Buka laluan promosi pelancongan negara

2025-06-17 IDOPRESS

Ketua Pegawai Komersial Malaysia Aviation Group,Dersenish Aresandiran / Foto BERNAMA

LANGKAWI,17 Jun 2025 – Malaysia Airlines berjaya menganjurkan Trade Elevation Summit (TES) 2025 di Langkawi dari 10 hingga 12 Jun,dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MYCEB).

Sidang kemuncak itu menghimpunkan lebih 300 wakil syarikat penerbangan,rakan dagang dan pemain industri dari 68 bandar seluruh dunia,menjadikannya acara perdagangan penerbangan terbesar di Malaysia.

TES 2025 juga bertujuan mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Ketua Pegawai Komersial Malaysia Aviation Group,Dersenish Aresandiran berkata,penganjuran TES 2025 di Langkawi menunjukkan komitmen Malaysia Airlines dalam memperkukuh pelancongan negara.

“Langkawi antara destinasi utama rangkaian Malaysia Airlines.

"Kami ada 56 penerbangan mingguan ke pulau ini dari bandar-bandar utama. Ia membuktikan sokongan kami terhadap pembangunan pelancongan serantau,” katanya dalam kenyataan.

TES 2025 turut menjadi platform untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan baharu Malaysia Airlines,serta membuka peluang perbincangan mengenai pertumbuhan industri,sambungan penerbangan dan promosi pelancongan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap