Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

ASEAN pasaran eksport utama Korea Selatan

2025-06-17 HaiPress

ASEAN muncul pasaran eksport utama Korea Selatan berbanding Amerika Syarikat dan China./BERNAMA

KUALA LUMPUR,15 Jun - ASEAN muncul pasaran eksport utama Korea Selatan,berbanding Amerika Syarikat dan China yang mencatatkan kemerosotan perdagangan susulan ketegangan global yang dipacu dasar tarif baharu Amerika.

Menurut data Persatuan Perdagangan Antarabangsa Korea (KITA),eksport Korea Selatan ke negara ASEAN bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini berjumlah AS$47.88 bilion,meningkat 4.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Peningkatan itu membantu mengimbangi kejatuhan eksport ke dua pasaran utama iaitu Amerika Syarikat dan China,masing-masing susut sebanyak 4.3 peratus dan lima peratus dalam tempoh yang sama.

Ia berikutan pelaksanaan dasar tarif baharu pentadbiran Presiden Donald Trump,yang nemberi kesan ketara terhadap perdagangan antara negara.

Dalam masa sama,Agensi Promosi Perdagangan dan Pelaburan Korea (KOTRA) berpendapat,ASEAN akan terus menjadi pasaran eksport yang strategik bagi Korea Selatan.

Ini didorong pertumbuhan pesat ekonomi digital,perkembangan kelas pertengahan serta usaha global mengurangkan kebergantungan terhadap rantaian bekalan dari China.

Antara sektor eksport berpotensi termasuk semikonduktor,barangan elektronik,peralatan rumah,robotik,komponen bateri kenderaan elektrik (EV) serta teknologi tenaga boleh diperbaharui.

Sebelum ini,nilai eksport Korea Selatan ke ASEAN pada Februari lalu mengatasi China,apabila mencecah AS$9.56 bilion berbanding AS$9.5 bilion ke China.

Trend ini berterusan pada Mac,dengan eksport ke ASEAN meningkat kepada AS$10.26 bilion berbanding AS$10.06 bilion ke China.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap