Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Melaka digesa tumpu sektor kritikal pembangunan

2025-06-13 HaiPress

FOTO FB Anwar Ibrahim

AYER KEROH,12 Jun- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Kerajaan Negeri Melaka agar memberi tumpuan khusus kepada sektor kritikal yang mampu memacu pembangunan negara secara menyeluruh,khususnya industri elektrik dan elektronik yang merupakan penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Beliau menegaskan,tumpuan kepada bidang strategik perlu diselarikan dengan keperluan sebenar rakyat,agar sebarang pelaksanaan pembangunan benar-benar memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

Datuk Seri Anwar menyuarakan perkara itu ketika menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri Melaka yang diadakan di Kompleks Seri Negeri,Ayer Keroh,hari ini.

Mesyuarat yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka,Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berlangsung selama kira-kira satu jam bersama barisan Exco Kerajaan Negeri.

Antara perkara yang dibentangkan termasuklah pembangunan infrastruktur jalan raya,projek tebatan banjir,pembinaan semula dan baharu sekolah,pembinaan blok tambahan serta wad di Hospital Jasin,projek perumahan rakyat dan cadangan menaik taraf muzium bagi sektor pelancongan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap