Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

RUU Warga Emas dalam fasa libat urus bersama pihak berkaitan, berkepentingan

2025-06-12 IDOPRESS

Datuk Seri Nancy Shukri/ BERNAMA

KUALA LUMPUR,12 Jun- Rang Undang-Undang (RUU) Warga Emas masih dalam fasa libat urus bersama pihak-pihak berkaitan dan berkepentingan.

Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Nancy Shukri berkata,pihaknya tidak mahu membentangkan RUU berkenaan secara tergesa-gesa.

Sebaliknya,memberi ruang kepada semua pihak terlibat untuk memberi pandangan dan maklum balas mengenainya.

"Sebenarnya,pasukan projek khas telah pun ditubuhkan. Namun begitu,kita masih perlu meneruskan sesi libat urus kerana rupa-rupanya ramai yang berminat dalam hal ini. Jadi,kita tidak mahu ada yang tertinggal atau merasa disisihkan.

"Maka,libat urus ini akan diteruskan dari semasa ke semasa. Semua pihak perlu diberi penerangan supaya mereka dapat beri maklum balas kepada kita."

"Sebenarnya,masih banyak yang perlu kita lakukan untuk golongan ini. Dalam proses ini juga,kita sedar bahawa kita perlu lebih mendengar dan memberikan perhatian kepada mereka yang berada dalam industri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Wanita Gig And Business In Technology (Gig@Bit) 2025 di ibu negara.

RUU tersebut dirangka untuk melindungi serta memperkasa golongan berusia di negara ini.

Mengulas lanjut,beliau menjelaskan,draf RUU akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sejurus selesai semua sesi libat urus,sebelum dikemukakan ke Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk semakan lanjut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap