Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Isu LPG libatkan PPKB 2021, bukan akta kawalan bekalan 2022

2025-06-09 HaiPress

Datuk Armizan Mohd Ali

KUALA LUMPUR,8 Jun- Isu berhubung penggunaan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi adalah melibatkan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 (PPKB (Pindaan) 2021) dan bukannya Akta Kawalan Bekalan (Pindaan) 2022 (Akta A1652) seperti yang difahami sesetengah pihak,kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Datuk Armizan berkata pada sidang media yang diadakan Khamis lepas berkenaan isu LPG,beliau merujuk kepada akta PPKB (Pindaan) 2021 yang telah digubal kementerian itu pada 2021 dan berkuat kuasa mulai 15 Okt 2021 serta diwartakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan.

Sehubungan itu,beliau berharap tiada kekeliruan timbul dalam kalangan rakyat berhubung perundangan yang dimaksudkan dalam isu penggunaan tong LPG.

“Pada sidang media 5 Jun lepas,secara jelas saya sebut Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021. Pada sidang sama,kenyataan media juga telah diedarkan… saya merayu janganlah kelirukan rakyat dengan rujukan kepada undang-undang yang saya tidak sebut,” katanya melalui Facebook hari ini.

Pada sidang media itu,Datuk Armizan memaklumkan peniaga mikro dan kecil dalam sektor makanan serta minuman dibenarkan terus menggunakan tong LPG bersubsidi tanpa perlu memiliki permit khas hingga pindaan baharu PPKB 2021 dimuktamadkan Oktober ini.

Dalam tempoh peralihan itu,katanya tiada tindakan undang-undang akan diambil terhadap golongan peniaga berkenaan.

Terdahulu,terdapat pihak mendakwa semua kedai makan dikehendaki menggunakan LPG untuk kegunaan komersial iaitu silinder gas berwarna ungu 14 kilogram berharga RM70 satu tong,berbanding silinder gas berwarna hijau untuk kegunaan domestik RM26 satu tong. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap