2025-06-04 IDOPRESS
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Ahmad Izram Osman
IPOH,4 Jun - Sebanyak 37.8 peratus daripada jumlah premis di seluruh Malaysia dikenal pasti masih belum memiliki Sijil Perakuan Bomba (FC).
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Ahmad Izram Osman berkata,didapati terdapat banyak premis perlu diberi perhatian dan tindakan penguatkuasaan lebih tegas.
Pelbagai usaha dilaksanakan,termasuk penggunaan sistem e-Premis dengan sasaran memastikan semua premis memiliki FC menjelang akhir tahun ini.
"Hanya 62.2% yang memiliki FC,bermakna ada banyak lagi yang perlu diambil tindakan. Sebelum ini,kami tidak rekod data maklumat premis secara digital sepenuhnya. Namun,dengan penggunaan sistem e-Premis,kami kini dapat mendigitalkan maklumat tersebut. Dengan e-Premis ini kita dapat memfokuskan arah tuju,kategori premis yang belum diperiksa,dan lokasi premis yang memerlukan pemeriksaan lebih teliti." katanya pada Majlis Perasmian Seminar Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK),di sini.
Secara keseluruhan,sebanyak 9,321 bangunan di seluruh negara telah dikenal pasti perlu memiliki FC,8,595 adalah premis swasta dan 726 premis kerajaan.
Bagaimanapun,hanya 5,801 bangunan disahkan memiliki FC,manakala selebihnya masih belum memperoleh sijil berkenaan.
06-06
06-06
06-04
06-04
06-04
06-04
06-04
06-04
06-04
06-04