Rumah Pakar tempatan Hiburan global Harta tanah komersial 5G Bempatan Institusi latihan Permainan Automatik Daquan Hotel Makanan Berita Ibu bapa-anak Sukan Hartanah Kewangan Cerdas Anak Kesihatan

Polis tingkat kawalan keselamatan sempena mesyuarat AIPACODD di Pahang

2025-06-03 IDOPRESS

Datuk Seri Yahaya Othman

KUANTAN,3 Jun- Polis Pahang bersedia sepenuhnya bagi memastikan kelancaran sempena penganjuran bersama Mesyuarat Majlis Penasihat Perhimpunan Antara ASEAN (AIPA) mengenai Dadah Berbahaya (AIPACODD) 2025,pada 9 hingga 11 Jun ini,di Kuantan dan Pekan.

Menurut Ketua Polis Pahang,Datuk Seri Yahaya Othman,aspek kawalan keselamatan dan lalu lintas diperkemas bagi memastikan kelancaran persidangan itu.

"Persediaan awal kita telah adakan untuk menjaga keselamatan dan juga lalu lintas bagi memastikan keselamatan semua ahli-ahli parlimen yang terlibat dalam mesyuarat itu yang akan berkampung di Kuantan.

"Supaya mereka berada dalam keadaan selamat dan tiada apa-apa halangan pada persidangan itu. Pihak kami masih lagi untuk penyelarasan akhir yang akan dibuat pada esok yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Negeri Pahang Datuk Seri Sharkar Shamsudin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang,di sini.

Tahap keselamatan terutama di lokasi persidangan dan sesi lawatan,ditingkatkan ke tahap tinggi.

Pihaknya akan mengerah semua anggota dalaman dari kontinjen Pahang dan meminta bantuan tambahan anggota trafik luar,sekiranya perlu.

Sementara itu,mengulas mengenai penutupan jalan,beliau berkata,pihaknya akan membuat penutupan jalan secara minimum,namun ia bergantung kepada keadaan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 mycitynews      Hubungi kami   SiteMap