2025-06-03 IDOPRESS
Program Sumbangan Kasih Aidiladha di Taman Perumahan Behor Lateh
KAYANG,3 Jun- Seramai 15 individu menerima bantuan menerusi Program Sumbangan Kasih Aidiladha hasil inisiatif Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Perumahan Behor Lateh menjelang Sambutan Aidiladha.
Pengerusi KRT Taman Perumahan Behor Lateh,Areff Affandy Ariffin berkata,usaha yang digerakkan Jawatankuasa KRT taman itu adalah untuk membantu golongan warga emas dan kurang berkemampuan.
''Program ini membuktikan jiran tetangga sentiasa cakna akan setiap permasalahan dihadapi komuniti setempat dan sentiasa ingin menghulurkan bantuan agar sama-sama dapat menghayati erti pengorbanan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Sumbangan Kasih Aidiladha di Taman Perumahan Behor Lateh di sini.
Maing-masing menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian sebagai persiapan sempena Aidiladha.
Dalam pada itu KRT Taman Perumahan Behor Lateh turut menyalurkan sumbangan setiap kali sambutan perayaan umum di Malaysia seperti Aidilfitri,Deepavali,Tahun Baharu Cina.
Selain itu pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) turut menerima bantuan.
06-04
06-04
06-04
06-04
06-04
06-04
06-04
06-04
06-04
06-04