2025-05-27 IDOPRESS
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof ketika berucap di Mesyuarat Peralihan Tenaga ASEAN: Memperkukuh Kerjasama Serantau yang berlangsung di Kuala Lumpur / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,26 Mei – Negara-negara anggota ASEAN perlu bekerjasama rapat dalam usaha mencapai matlamat peralihan tenaga serantau,yang dianggarkan memerlukan lebih AS$3 trilion menjelang tahun 2050,kata Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof.
Menurut beliau,di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional,Malaysia sendiri memerlukan pelaburan sebanyak AS$143 bilion bagi memenuhi sasaran tenaga boleh diperbaharui (RE) negara.
"Angka-angka ini menekankan satu kebenaran yang mudah namun mendalam,pembiayaan awam semata-mata tidak mencukupi. Justeru,adalah penting untuk kerajaan-kerajaan di rantau ini mewujudkan persekitaran yang kondusif dan bertindak sebagai pemboleh utama dalam merangsang pelaburan swasta,sama ada domestik mahupun antarabangsa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat Peralihan Tenaga ASEAN: Memperkukuh Kerjasama Serantau yang berlangsung di ibu negara.
Tambah Fadillah ia boleh dicapai menerusi pelaksanaan pembaharuan dasar yang diselaraskan serta penggunaan instrumen kewangan yang inovatif,termasuk mekanisme kewangan gabungan,jaminan awam,dan pengembangan pasaran modal melalui terbitan bon hijau serta instrumen kewangan Islam.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air turut menekankan kepentingan penerapan penetapan harga karbon dan pendigitalan ekosistem tenaga,termasuk pembangunan grid pintar dan penggunaan alat ramalan berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan peralihan tenaga berjalan lancar dan mampan.
05-27
05-27
05-27
05-27
05-27
05-27
05-27
05-27
05-27
05-27